Monday, August 8, 2011

adakah kita perintis tamadun luar angkasa?


tamadun luar angkasa.. menarik kan??

sape sini pernah ygk crite GUNDAM? hohoo latar masyarat die utk kebanyakkan siri2 gundam lebih cenderung kepada masyarat di bumi dan masyarakat yg tinggal di angkasa lepas.

saya selalu fikir bile manusia akan mula tinggal kt luar sane..
10 tahun lagi? 50 tahun lagi? 100 tahun lagi?? atau mungkin juga kita mmg tidak akan mampu.. sedih bukan. tapi dengan penemuan2 pada masa sekarang saya mula berasa yakin kembali.

saintis telah menemui graphene, yang merupakan gabungan atom2 karbon senipis satu atom saje! walaubagaimanapun, ianya dikatekan 200 kali lebih kuat daripada keluli.

ini la grahpene. hamparan atom2 karbon setebal 1 atom saje..


jadi, ape faedahnya??

hahaa... menurut Dr. Michio Kaku, dia berpendapat bahawa kita boleh ke angkasa lepas menggunakan atlernatif lain selain roket. salah satu alternatif tersebut adalah "space elevator".

idea gile tu.. nk wat lif g angkasa lepas.. haha.. dulu idea dianggap mustahil dan mungkin masih dianggap mustahil bagi mereka yang tak tahu..

dgn menggunakan graphene, saintis mampu utk membina tali kabel yang disambungkan dari bumi ke ISS. jika ini boleh dilakukan, masalah utama ekplorasi angkasa lepas dapat diselesaikan, iaitu kos yang terlampau tinggi. (minyak la bro~~ nk lawan graviti bukan senang beb~~ )

ilustrasi space elevator..


selain itu, BOEING (syarikat wat kapal terbang) sudah mula membuat kapal angkasa komersial.. skrg masih prototype lagi.. well dh okay la tu..

ini sume seakan-akan puzzle. puzzle 1: graphene, puzzle 2: space elevator, puzzle 3: kapal angkasa..
jika dipadankan kesemuanya, mungkin era tamadun luar angkasa bakal bermula.

pandangan saya:

1)penemuan graphene memungkinkan pembinaan space elevator.

2)pembinaan lif ni mungkin akan membesarkan ISS dan mungkin juga menambahkan lagi stesen angkasa lepas.

3)upgrade ISS jd kilang angkasa lepas pertama. wat kapal amgkasa. pada masa itu, mungkin enjin tujahan ion/plasma sudah matang atau sesuatu lebih baek berjaya dicipta (enjin antimatter ker huhuu)

4)kita mula menjelajahi ruang angkasa lepas..

Wednesday, July 13, 2011

bagaimana astronomer tahu ape yg mereka tau... bah.3

kesan doppler..

kali ni kite akan tgk satu lagi cara yg digunakan oleh astronomer, iaitu Doppler effect.

DOPPLER EFFECT:

doppler effect ni sebenarnya merupakan kesinambungan bagi spectroscopy. sama macam spectroscopy, doppler effect juga merupakan method utk mengkaji spektrum cahaya utk mendapatkan maklumat. walaubagaimanapun, caranya berbeza la..

sebelum pergi lebih jauh, ape doppler effect ni??

rase-rasenya la anda sume dh tau kan doppler effect tu ape kan.. kalo xpasti dh blajar ke x, saya pasti anda sume pernah n selalu mengalami kesan doppler ni!!

doppler effect merupakan kesan perambatan gelombang yg disebabkan oleh pergerakkan gelombang tu sendiri. andaikan gelombang bergerak dari point A ke point B. gelombang dihadapan (gelombang2 yg menghadap point B) akan termantap manakala gelombang dibelakang pula (gelombang yg menghadap point A) akan merengang.

contoh mudah: siren polis. andaikan anda duduk diam2 kt tepi jln, tibe2 anda dgr bunyi siren polis dr jauh. siren tu dari jauh kedengaran sgt perlahan (pitch rendah la senang hahaa). pastu lama-kelamaan bunyi siren mula makin tinggi dan apabila kereta polis lalu depan anda, bunyinya sgt2 kuat. tapi bile kereta polis mula pergi dan menjauhi anda, bunyi siren mula menjadi perlahan kembali..


gambar diatas merupakan illustrasi yg paling jelas dan senang nk paham,.. tq mr.google~~


ni kerana pergerakan kehadapan kereta polis telah memantapkan gelombang bunyi siren dan ni menyebabkan bunyi siren menjadi kuat. hal yg sebaliknya berlaku pada bahagian belakang kereta polis. gelombang bunyi merengang dan bunyi menjadi rendah

berbalik ke pangkal jalan...
doppler effect digunakan oleh astronomer utk mengetahui arah pergerakan objek diangkasa lepas.

dengan melihat spektrum cahaya dari sesuatu objek, astronomer dpt menentukan arah pergerakan sesuatu objek.

bagaimana??

hahaa.. sama je macam contoh siren polis td. bile spektrum cahaya didapati cenderung ke arah warna kemerahan, sesuatu objek tu dikatakan bergerak menjauhi kite. akan tetapi, jike spektrum cahaya didapati cenderung ke arah kebiruan, objek tu dikatakan bergerak mendekati/kearah kite.


kesan doppler ke atas spektrum..



kenape kemerahan menjauhi, kebiruan mendekati?

dlm spekturm warna, merah merupakan cahaya yg mempunyai panjang gelombang yg paling panjang manakala biru mempunyai panjang gelombang yg paling pendek. dengan kata lain, warna kemerahan menunjukkan gelombang yg merenggang dan warna kebiruan menunjukkan keadaan gelombang yg mantap.

gelombang merenggang -> gelombang makin panjang -> makin kemerahan
gelombang memantap -> gelombang makin pendek -> makin kebiruan

tu la caranya lebih kurang~~ hahahaa...

klik disini utk bermaen ngan doppler effect~

Monday, July 11, 2011

lagi pasal spectroscopy...

sbenarnye.. episode spectroscopy ni x habis lagi, saje xnk ckp time posting yg lepas. bukan ape, kalo pjg sgt boring plak kan nk bace sume~~ hahahhaaa...
(belajar dr pengalaman pribadi =P )~~~

okay la, ape lg pasal spectroscopy~~~

kite dh tau yg spectroscopy merupakan teknik mendapatkan maklumat mengenai sesuatu jasab di angkasa lepas dengan menganalisis spektrum cahaya jasab tersebut.

ape yg blom diceritakan adalah mengenai jenis2 spektrum.

berikut merupakan jenis2 spektrum cahaya:
- absorption spectrum
- emission spectrum
- continuous spectrum

ape beza antara ketiga-tiga spektrum ni??

tgk bwh ni... senang nk nmpk perbezaannya~~


contoh spektrum2 cahaya




dgn kate laen, spektrum penuh atau continuous spektrum akan bertukar kpd absorption spectrum dan emission spectrum jika ia melalui medium yg berlainan suhu.

kenape plak jd cmtu??

hahaa.. sebabnya xsusah pon nk paham..
cube ingat balik.. bile sesuatu objek tu sejuk, ia akan meyerap haba utk jd panas dan objek panas akan bebaskan haba utk jd sejuk.
jd rasenye boleh jgak nk apply-kn utk kes ni kan3~~ hahaaa..

dlm kes ni pon lebih kurg jer.. cahaya ad haba. bile die melalui medium sejuk, medium tu akan serap haba dari cahaya tp bukan sume, ni kerana medium atau dlm kes ni gas hanya boleh serap cahaya yg ad pnjg gelombang tertentu jer dan memantulkan cahaya yg lain. jd, sbb tu la spektrum jenis absorption ad garis2 gelap -sbb kene serap~~

dlm kes yg satu lg, iaitu emission spectrum..
emission bermaksud pancaran(lbey kurang la kot). utk memancarkan cahaya, sesuatu objek mestilah bersuhu tggi. sbb ape?? sbb objek panas akan emit light~~ cth besi. kalo kite panaskan besi, besi tu lama kelamaan akan bercahaya n then cair~~
berbalik kpd kes kite! kalo tgk gmbr kedua diatas tu, gas panas memancarkan cahaya, tp bukan sume spektrum. same macam medium sejuk, medium yg panas hanya boleh memancarkan cahaya pd pnjg gelombang tertentu jer.. kalo time die sejuk die serap cahaya yg pjg gelombang-nya 1 mm (cth je ni~~ ), time panas plak die hanye boleh pancarkan cahaya pd pnjg gelombang yg same jugak~~

spektrum yg diserap/dipancar setiap atom bolehla dikatakan macam i/c diorg hahahaa...

p/s: mgkn ad kekeliruan antara post kali ni dgn yg lepas~~ jike ad yg keliru, harap maaf~~ kesilapan penyampaian.. cube utk mendalami kembali utk penyampaian yg lebih baik.. =)

Saturday, July 9, 2011

bagaimana astronomer tahu ape yg mereka tahu... bah.2


cth spectroscopy.. absorption lines tu la garisan pemisah gelap.


halo everybody~~~

posting lepas kite dh tgk photometry-teknik asas yg diguna pakai oleh ahli2 astronomi.

kali ni plak kite ak tgk satu lg teknik yg digunakan astronomer iaitu spectroscopy.

SPECTROSCOPY.

spectroscopy merupakan teknik yg lebih "canggih" berbanding photometry.
teknik ni menggunakan spektrum cahaya untuk mendapatkan maklumat2.

bagaimana spectroscopy ni digunakan??

hahaa.. xla complicated sgt pon~~
ape yg diperlukan hanyalah cahaya dari objek yg ingin dikaji. objek tu boleh jadi planet, bintang, nebula dan lain2.

cahaya tu kemudiannya diarahkan agar ia melalui celah2 yg sempit. cahaya yg melalui celah2 sempit tu akan berubah menjadi spektrum cahaya.
daripada spektrum2 ni la astronomer2 mendapat maklumat2.

macam mane??

begini.. spektrum2 yg terhasil melalui cara ni xakan sempurna. spektrum tersebut akan ad satu atau lebih garis pemisah yg gelap.

ianya berpunca drpd atom2.
lebih senang jike kite ambil satu contoh... let say zuhal~~

zuhal memantulkan cahaya matahari ke bumi. sbb tulah kite boleh nmpk zuhal. namun sebelum cahaya matahari dipantulkan, atom2 di planet zuhal telah menyerap cahaya yg mempunyai panjang gelombang tertentu (bukan semua cahaya). oleh sbb inilah spektrum cahaya yg kite terima mempunyai garisan pemisah gelap! ianya telah diserap~~

tu kalo objek yg memantulkan cahaya, kalo objek yg hasilkan cahaya mcm bintang cmne plak??

hahaa... lebih kurang jer. cahaya yg dihasilkan juga akan diserap mengikut panjang gelombang tertentu oleh atom2 yg terdapat dibintang tu (hidrogen n helium sbagai cth) sebelum cahaya tersebar keluar meninggalkan bintang tersebut.

jadi, selepas mendapat spektrum tu, astronomer akan menbandingkannya dgn rekod spektrum atom2 utk mendapat gambaran komposisi atom2 yg terdapat di objek yg ingin dikaji, tak kiralah objek tu planet, bintang dan lain2 lg.

selain komposisi atom (kimia), spectroscopy juga menolong ahli2 astronomi mengetahui megenai:
-suhu objek
-ketumpatan objek

Wednesday, July 6, 2011

bagaimana astronomer tahu ape yg mereka tahu..

pernahkah anda terpikir macam mane astronomer tau bende2 macam berapa jauh bintang ngan kite? berapa berat n besarkah sesuatu bintang tu?

jadi pada hari ni, jom kite menyelami (wah gile ayat!! haha) bagaimana astronomer tau ape yg mereka tau. pada kali ini, saya ingin menyentuh mengenai method yg saya kire basic dlm astronomi, iaitu"Photometry".

Photometry:

contoh photometry (klik pics utk tgk animasi)

maksud photometry ni 'ukur cahaya'. method ni adalah method yg basic dlm astronomy. photometry adalah pengukuran tahap perubahan cahaya sesuatu objek terhadap masa. dengan kate lain, ahli2 astronomi cube melihat perubahan sinaran cahaya sesuatu bintang sama ada bintang itu menjadi malap atau terang pada sesuatu masa.

ape yg ahli2 astronomi dpt drpd photometry:
-kepantasan bintang itu berputar diatas paksinya
-mengesan exoplanet yg mengelilingi bintang tu
-brape lame mase orbit exoplanet kt bintang tu
-rupa bentuk objek (jika dilakukan keatas objek laen seperti asteroids)
-samada bintang tu solo atau binary.


photometry dpt mengesan exoplanet yg mengelilingi bintang lain dengan cara mengukur kadar perubahan kecerahan cahaya. jike didapati bintang menjadi malap pada sesuatu mase, ini bermaksud sesuatu objek (planet) telah melintasi ruang diantara kite dan bintang. cahaya bintang kembali terang bile objek tu telah melintasi sepenuhnya.ini kerana objek yg melintasi td telah menyekat sejumlah cahaya dan menyebabkan cahaya menjadi malap.

namun, malap atau terang sesuatu bintang juga boleh disebabkan oleh jumlah tompok2 gelap dipermukaan bintang. selain itu, kesan drpd binary star yg saling beredar dlm orbit yg saling kejar-mengejar antara satu same lain turut mengakibatkan perubahan malap terang bintang.
jadi bagaimana nk tau yg mane yg mengakibatkan perubahan cahaya bintang pada sesuatu masa?

hahahaa.. pening gak tu kan~~ hahaa
mengikut buku "the expanding universe" drpd Mark A. Garlick, kini terdapat cara yang boleh mengesan perubahan photometric yg kecil yg mane ianya dapat menentukan kehadiran planet, tompok gelap dan binary star.

Friday, July 1, 2011

penguin tengok gerhana matahari =)

1 julai 2011, penguin2 di persisir antartika meraikan gerhana matahari pada ari ni. hahahaaa...

walaubagaimanapun, gerhana matahari ni bukan lah gerhana matahari penuh tapi hanyalah sikit jer.. org putih panggil partial solar eclipse. maafkanlah kekurangan dr pihak saya.. tak pasti nk letak perkataan ape utk partial. tp ape yg pasti, hanye sebahagian drpd matahari saje yg mengalami gerhana.

xjumpe lg gmbr2 gerhana 1 julai.. namun kite masih boley melihat bagaimana ianya terjadi melalui software ala2 planetarium sy paling byk berjasa kpd diriku hahaa... stellarium~~

lokasi :persisir antartika..
scene 1:


scene 2:


scene 3:


scene 4:


scene 5:

letusan cahaya misteri di ruang angkasa Hawaii

letusan cahaya yang dirakam teleskop kt Mauna Kea, Hawaii


pd 22 jun yg lepas, mauna kea observatories telah merakam satu fenomena aneh di ruang angkasa hawaii.

fenomena tu merupakan letusan cahaya yang tak diketahui puncanya. ia merambat secare membulat ke hampir seluruh ruang angkasa dan hilang. amat aneh n menarik in the same time!! boleh tgk video ni~~



banyak andaian yang telah dikemukakan oleh astronomi2 tak kire amatur mahupun pro.. ad yg kate ianya berpunca drpd solar events, meteor dan ad juga yang berpendapat itu sume berpunca drpd ilusi kamera lebey kurg cmtu la.. yg lawaknye ad jugak yg kate punca daripada UFOs... (xhabis2~~ hadoiii)

namun, ad satu andaian yg nmpk logik dan kene ngan mase dan keadaan..
seorg ahli forum di forum perbincangan astronomi kt Starship Asterisk, kalo tak silap name samaran die calvin737, mengatakan bhawa ini sume mgkn disebabkan oleh pelancaran unarmed test Minuteman III missile kt Pengkalan Tentera Udara Vandenburg di California beberape minit sebelum letusan cahaya tu dikesan. menurutnye lagi. letusan tu mgkn terjadi akibat fasa2 letusan missile tu.

menurut Phil Plait yg menulis kt blog Bad Astronomy, pd fasa ketiga missile tu, port2 yg berada dalam enjin fasa tersebut akan meletup yg bertujuan untuk memperlahankan missile tu. ketika port2 tu meletup, fuels missile tu tersembur keluar akibat tekanan. minyak yg tersembur spherically tu akhirnye meledak dan membentuk letusan cahaya seperti mane yg dapat dilihat dlm video tu.

ape2 pon, xkire la sape yg bertanggungjawab atas fenomena aneh ni. ape yg pasti, letusan tu sgt2 menarik n best lah!!! hahaa...

p/s: ape2 folow-up dr kes ni akan di-post-kan disini~~

Thursday, June 30, 2011

Quasar TERTUA ditemui.

anak panah menunjukkan quasar tertua-ULAS J1120+0641


sebelum ini, hubble telah berjaya mengesan galaksi tertua, kali ini giliran Mauna Kea Observatories pula. Teleskop yang terletak di Hawaii nie berjaye mengesan quasar tertua!

quasar yang diberi nama ULAS J1120+0641, dipercayai wujud kire2 770 milion tahun selepas letusan besar Big Bang!! usia universe dikatakan sekitar 13.75 billion tahun. jom wat kire2... =)

13.75 billion = 13750 million.

13750 million - 770 million = 12980 million = 12.98 billion!!

jadi ape maksudnye??

hahahaa... maksudnye cahaya yang datang dari quasar ni 'berjalan' selame 12.98 billion tahun untuk sampai ke kanta mate kite!!! tu mase, bukan jarak die lg~~ jom wat kire2 lagi haha =)

1 ly = 9.461 x10^12 km = 9461000000000 km

12.98 billion ly = 12.98 x10^9 ly = 12980000000 ly

jadi jaraknye..

12980000000 ly x 9461000000000 km = (kire2) 12280370000000000000000 km


hahahaa... jauhkan.. haha

quasar ni ape?

quasar =quasi-stellar radio source. lagi.....
nk ckp pon susah ni hahaa.. kan tersalah info plak.. takot kene saman~~

okay cmnie, quasar ni lebey kurang mcm galaksi muda yang gile2 aktif yg mane tgh2 die ad satu black hole yang maha besar (supermassive black hole). quasar ni sgt terang! knape? haha.. sbb debu2 dan gas2 yang mengelilingi black hole tu menjadi sgt2 panas dan bersinar... oleh sbb itulah quasar dikatekan powered oleh debu2 dan gas yg ad kt accretion dics tu..

illustrasi quasar..


3C120 - quasar ke-2 tertua~~ (sebelum ni, quasar ni la yg paling tua hahaha)

Friday, June 24, 2011

the race between solar and fossil fuel..


as we all know today, fossil fuel is the most 'powerful' energy source that has revolutionize the world as we know it. however, fossil fuel is a double edge sword which slowly destroying the world! in fact, it keep destroying faster and faster everyday. so, some say, why don't we go solar??

good idea.

but, the cost to build one is unacceptable by the majority. why? simple. why waste money on that while we can use it for something else that has more promising future - can make them rich.

now, the fossil fuel is showing signs of dying. some people notice it and some more just feel innocent about it. so, people start to turn to solar energy.not only that governments also start to encourage the citizen to go solar. well, that good news. but later on is better.

physicists, as told by michio kaku in his short talk on bigthinker.com, are very confident that in the near future the solar energy might someday be the economical energy source as same as fossil fuels are today. if we look at it in term of graph of profit versus time, today, fossil fuel sitting at the higher ground compare to solar energy which is slowly moving through time. however physicist like michio kaku strongly believe that in the future, both solar n fossil fuel will eventually cross with each other and after that, solar will become the primary power source.

AND, after the rise of solar energy, physicists predict a new type of energy source that way better and cleaner than solar known as fusion.

Irregular galaxy..

hahaa.. ni die samb siri galaxy dulu... terlupe plak nk samb hahahaa... okeylah... sebelum ckp byk pasal irregular galaxy, ni die link2 utk siri galaxy yg lepas2~~


IRREGULAR GALAXY:

selain spiral n elliptical galaxy, ad satu lg jenis galaksi iaitu irregular galaxy.

galaksi jenis ini xde bentuk yang jelas. nk kate spiral pon tak, nk kate elip x. kebanyakkannya berbentuk pelik~~ hahaa...
banyak care bagaimana galaksi jenis ni terbentuk. antara yang paling popular adalah hasil dari pelanggaran 2 galaksi. namun masih terdapat beberapa irregular galaksi yang tak diketahui bagaimana ianya terjadi.

jika singkatan bg spiral galaxy adalah S, spiral barred adalah SB dan elliptical adalah E, bagi irregular pula Irr.

ada satu lg kategori dibawah jenis galaksi irregular ni, iaitu Peculiar Galaxy.
peculair galaxy ni diwujudkan untuk mengelaskan galaksi2 yang berbentuk aneh dan unik!
galaksi jenis ni merupakan galaksi irregular yang berbentuk aneh dan mungkin mempunyai ciri2 yang tidak atau jarang2 skali ad pada galaksi2 lain. sebagai contoh;
-terdapat jets of gas yang keluar pada halaju yang tggi dari tengah atau nukleus galaksi
-kuantiti debu yang tggi
-kadar keamatan cahaya yang rendah

Large magellanic cloud n small magellanic cloud adalah 2 irregular galaxy kecil yg hampir dgn kita.

kedudukan (bukan jarak sebenar) kedua-dua irregular galaksi ni dgn bima sakti~~ sgt2 dekat!!


berikut merupakan sedikit contoh2 irregular galaxies:



large magellanic cloud


ni plak M82 ataupon cigar galaxy.. tp cm ad gak org panggil starburst galaxy.. ntahlah hahaa


yg ni ngc6822





Thursday, June 16, 2011

pengalaman 300++ minit bersama 'bulan merah' =D

Hasil dari pencerapan Gerhana Bulan Penuh 16 Jun 2011 di perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur


kali ni saya berpeluang utk menyaksikan sendiri satu fenomena yang boleh saya kire sebagai fenomena yang berprestig tinggi iaitu gerhana bulan!! hahaaa...

oleh sbb inilah, saya rase terpanggil yer untuk berkongsi suke duke pengalaman 'mengintai' bulan yang kebetulannya sangat2 pemalu pada masa itu..

operasi "pungguk" ini dijalankan seawal jam 0050 lg.. namun hakikat langit mlm yang agak berawan amat mengusarkan hati. tidak cukup dengan itu, laptop saya pulak wat hal!! xley connect jaring-ukm. oleh sbb itu saya terpaksa menggunakan laptop kawan say utk mendapatkan maklumat2 mengenai perkembangan gerhana di facebook-malaysia luna eclipse.

pada jam 0135, suasana maseh xbrubah.. namun saya dan ribuan pemerhati2 diseluruh malaysia maseh x berputus ase dan maseh mengharapkan cuace yang baek..

pada jam 0203, saya mula rase mengantok dan lapar. memandangkan bulan mula kelihatan, saya menyambung operasi "pungguk" di kedai mamak kt syeksen 15. berikut merupakan catitan kecil saya sepanjang pemerhatian saya disane sambil menjamah roti canai dan teh oben:


0218 : bulan mula hilang bentuk bulatnya. ( bulan nmpk sumpik sikit)

0231: sesuku bahagian bulan hilang dr pandangan.

0234: hamipr separuh bulan mula pudar dr pandangan saya.

0245: separuh bulan hilang x kelihatan.

0306:hanye sebahagian bulan (mungkin 1/4) dapat dilihat.

0315: bulan mula ilang dr pandangan. hanya dapat hujung2 bulan seperti huruf c.

0325: bulan xkelihatan langsung..
(situasi ni berlanjutan ke jam 0356 namun tiada perubahan.)


gerhana bulan penuh xkelihatan mungkin disebabkan awan yang byk.
walaupon xberpeluan melihat gerhana bulan penuh seperti mana yang diharapkan, pengalaman melihat saat2 bulan berubah ke gerhana penuh sudah memuaskan hati saya.

p/s: sory.. no pics taken.. tp saya masokkan skali pics dari pemerhati2 yang laen~~ ^_^


ni la catitan kecil original semase tgk gerhana kt mapley


gambar2 gerhana bulan boleh dilihat free jer kt sini

Wednesday, June 15, 2011

gerhana bulan 16 jun 2011~

gerhana bulan penuh


gerhana bulan merupakan salah satu fenomena alam yang agak menarik. ianya terjadi apabile bulan, bumi dan matahari berada dalam satu garis lurus (kedudukan sejajar).


kedudukan bulan, matahari dan bumi ketika gerhana bulan


kedudukan bumi di tengah-tengah diantara bulan dan matahari menyebab bulan berada di dalam kawasan bayang2 bumi. situasi ni la yang menyebab gerhana bulan.

banyak yang bertanye kenape bulan nmpk merah semase gerhana bulan??
kadang nk sampaikan tu susah haha.. (sbb tu xnk jd ckgu) but i'll try~~~ hahaa

kenape bulan warne merah time gerhana....
fenomena ni lebey kurang gak dengan situasi terbenamnya matahari yang mana langit kelihatan ala2 kemerahan..
seperti mane yang kite tau, bumi berada di tgh dan menyebabkan bulan berada dlm bayang2 bumi. jadi, cahaya matahari akan melalui dari tepi2 bumi. atmosfera bumi secare tak langsung menjadi seakan-akan 'filter' yang memantulkan cahaya merah kearah bulan..

walaubagaimanapon, bulan boley kelihatan kejinggaan atau kecoklatan atau laen2 lagi mengikut keadaan atmosfera. bulan kadang kala mgkn xseberapa kelihatan kerana ad letusan gunung berapi yang tercetus dalam masa yang terdekat.


kesan atmosfera keatas cahaya merah

ape2 pon semoge cuace mlm ni baek dan clear agar kite sume dpt tgk gerhana bulan~~~ ahahaaa... happy lunar-gazing~~~ heheheee

Kosmologi; takrifan

illustrasi kosmologi yunani


terdapat banyak takrifan mengenai kosmologi dimana setiap satu taktifan dikemukakan berdasarkan pemahaman, kepercayaan, dan kajian yang mendalam. Dalam Konsep Kosmologi oleh Aminuddin Ruskam Al-Dawamy, beberapa takrifan kosmologi telah dihuraikan secara ringkas. antaranya termasuklah:


1) kosmos merupakan alam semesta manakala kosmik merupakan apa yang berkaitan dengan alam semesta.
[kamus dewan (1993:656)]

2) kosmologi merupakan pengajian skala besar struktur dan evolusi alam semesta. kosmogoni pula merupakan kajian asal sistem kelangitan.
[Zakaria Awang Soh (1990:182)]

3) kosmologi adalah sains atau teori yang berkaitan dengan alam semesta yang mana ianya berhubung dengan undang-undang yang menguasai alam.
[Ramli Awang et al (1996:70)]

4) kosmologi dikatakan cabang sebagai cabang metafizik yang mana membincangkan idea berhubung alam dunia yang mencakupi fenomena ruang, masa dan angkasa.
[Martin Fhilas Gram]

5) kosmologi disebut sebagai segala yang ada dipermukaan bumi, langit, bintang-bintang dan juga tenaga yang ada serta lain-lain lagi.
[Altaf Gauhar (1983)]

6) kosmologi merupakan kajian yang berkaitan dengan api, air dan tanah manakala sains kosmologi pula berkaitan dengan wahyu. ia juga dikatakan berkait rapi dengan idea metafizik, agama dan falsafah yang berhubungkaitkan dengan fahaman agama monotistik yang mana semuanya dikuasai oleh satu kuasa yang wajid kewujudan.
[Sayyed Hossien Nasr]

berdasarkan takrifan-takrifan ni, boleh la dirumuskan bahawa kosmologi merupakan kajian mengenai struktur alam semesta berdasarkan undang-undang yang mengawal alam semesta serta berhubung kait dengan metafizik, agama dan falsafah.

secara amnya, kosmologi adalah ilmu yang memerihalkan alam semesta.

Monday, May 2, 2011

does wave amazes you?



waves.. ataupon gelombang..

ada byk gelombang. ada sound waves, ada light waves, ada gelombang air dan byk lagi.. but do you ever heard of gravitational waves!?

hahaa for me, this wave amazed me greatly!!

the waves were too 'massive' but very hard to detect. why? hahaa.. actually the gravitational waves pass through matter. as they pass through the matter, it affect the distance of the matter from the wave source (usually a star). however, the changes were extremely small, around a factor of for very strong sources. so, detecting it may be a problem. haha....

gravitational waves do not travel through space like light wave or by medium like sound wave. gravitational waves travel by the oscillation of fabric of space and time itself! the gravitational force from a powerful sources such as a binary star will disturbed the spacetime and producing so called gravitational waves. the sources however will lose its energy because it's cost a lot of energy to disturb the fabric of space and time in the first place..


more info about this bizarre wave, just pay a visit here~~








Friday, April 29, 2011

sem 4 dlm kenangan... solid state

arini mgkn last day of the this sem for those yang balik arini.. kpd mereka, selamat jalan diucapkan.. kalo xsilap, YB Dato' harun n eddy dila balik ari ni.. semoge mereke2 yg balik arini selamat sampai ke rumah masing safe n sound~~ hehee.. jumpe sem 5 nnt okei!

dlm boring layan lagu sedetik lebih, terjumpe plak project BEC-solid state. haha.. tersenyum sejenak ak~~ hahaaa.. byk kenangan mende ni.. mmg wajid di-treasure-kan ni!! hahaa...

oo bg mereke yg kurang mengerti ape tu BEC (Bose-Einsten Condensate) ni, hehee.. mai sini nk kasi explain sikit hehee~~

BEC ni salah satu state of matter. terjadi bile suhu terlalu sejuk yakni sgt2 menghampiri absolute zero. absolute zero ni suhu dlm Kelvin.. 0 kelvin = -273 celcius.

BEC ------> solid -> liquid -> gas ------> plasma
-->>>---------[suhu meningkat]---------------->>>

nk tau lebih? hahaa... boleh la bace jurnal pertama saya bg BEC ni.. (>_0)b
_____________________________________________________
cover:


page 1:


close-up jurnal:

Matter can exist in various states. At high temperature, matter exist in the form of gas. If the matter in this form cools down, it becomes liquid. If the liquid form of matter cools down, it will becomes solid. These three states of matter were common to us. At extreme temperatures, the matter will exist in entirely different state of matter which not too commonly seen. For example at extremely high temperature the matters exist in the form of plasma while at extremely low temperature the matters exist in the state known as Bose-Einstein Condensate.
In 1924, Satyendra Nath Bose sent paper to Albert Einstein on quantum statistics of how light (photons) behave to hold atom. After realising the important of the concept, einstein did a further calculations which lead to a prediction that if matter was somehow cooled down to extreme low temperature just slightly above the absolute zero, the matter will formed a new and weird state of matter called the Bose-Einstein Condensate. This state of matter however was only a teory until seventy years later when an experiment about it was conducted by Eric Cornell and Carl Wieman. In the experiment, the first gaseous condensate was produces by cooling Rubidium atom to 170 nanoKelvin
Matters that exist in the form of Bose-Einstein Condensate known as Boson. Since boson does not follow the Pauli
exclusion principle, which electrons cannot occupy the same place, boson can overlap with one another forming one big collection of bosons. When this happen, each of the bosons will have the same wave function which tell us the definite probability of the uncertain location of the boson in space. In quantum mechanics point of view, we can say that each of the bosons are identical. Because of the overlapping of the bosons and also their wave function, the bosons lose their identities and become indistinguishable to one another.

Preparation of BEC
To prepare such bizarre condensate, boson need to be cooled down to extreme temperature approxiamately 170 nanoKelvin and the density is tremendously high.
To meet both conditions to prepare BECs, physicists often used techniques such as laser cooling, magnetic trapping and evaporative cooling. Alkali atoms like Lithium(Li), Sodium(Na) and Rubidium(Rb) were likely to be used because they can be very efficiently laser-cooled.
The first step to attain BECs is laser cooling. Laser cooling works by scattering photons from moving, which in this case, moving alkali atoms. Since the alkali atoms can absorb and emit photons many times, the tenperature of the atoms will be quickly reduced. This technique can reduced the atoms temperature down to 50 microKelvin with density of 5x1011 cm-3. However the temperature and density were not enough for BECs to appear. To solve this, both magnetic trapping and evaporative cooling were use by the physicists. The atoms in a free space will be trapped by the magnectic field that produced by a simple arrangements of electromagnets. Atoms that have high energy which above the depth of the trap will escape from the trap by evaporating. The escaping atoms are mostly among the hottest atoms in magnetic field traps. This means that there will be only cooler atoms left inside the trap and this temperature will slightly reduce time by time in a slow and steady rate. The effect of the temperature dropped also cause the atoms to sink deeper into the trap resulting an increasing in the number of density. In this case, both temperature and density will continuously decrease and increase respectively by mutual effects between themselves.


BECs in the future
In the near future, BECs might hold the key to some new branchs of physics and technologies.
The most promising BECs have to offer is etching. BECs are like laser when they in their coherence and fashioned into a beam. The beam of BECs would have greater energy and more presicion than a laser. This is because the massive particles of the BECs have more energetic than the massles photon of the laser.
The superfluidity is also one of the unic properties of BECs which can be very beneficial to us. BECs flow without any interior fricrion. To make it more interesting, BECs can slow down travelling light to a very unbelievable speed. This can possibly revolutionize the way we communicate with each others.




special edition:: panda versus domokun!

hahaa.. exam dh abis! namun tamat ngan sad ending haha.. ape2 pon dh wat terbaek~~!
(terbaek la sangat!) hahaaa

namun, ni bukanlah objektif utama post kali ni! kali ini sbb ke-cute-an panda (my peberet) telah dicabar oleh ketam berbulu- domokun!

cube teliti ngan teliti, yang mane yg lebey cute?
saya kepilkan skali gmbr2 panda dan juge domokun..

PANDA LAGI CUTE! 8.8 GIGAWATT PUNYER CUTE!! haha

DOMOKUN!!


tgk... sian kucing kt bwh ni... kalo btoi domokun cute, xkn kucing ni terkejut tahap pra-histeria cmtu~~ hurmmmmmmm....


oooo patut la kucing ni takot.. sbb domokun ni gigi tajam.. smpai ular pon nk digigitnyer.. hahaa xcaye ley tgk dibawah ni.. cubaan gigit ular hahaa


PANDA!



panda bukan saje cute, malas amat sopan santun.. domokun asyik bukak mulut jer.. tp panda sopan, xbukak mulut sgt, kalo nguap pon, die pandai tutup mulut. cth? tgk dlm gmbr kt bwh ni...


kucing pasti xkn takot ngan panda.. sbb panda xmkn ular hahaa.. panda mkn bubur jer hahaaa.. kt meja plak tu..



so, skrg ni ternyata la yg panda ni mmg lebey cute lah dr domokun~~ maaflah saudari fathirah rahimi~~ kahkahkah~~! (>_<)b




eheh..! domokun sedey sgt panda lebey cute dr die sampai nk terjun~~ hahaa..



p/s: pendapat anda.. antara panda n domokun, mane lebey cute?

Sunday, March 27, 2011

AZAM JAM 00:01

saya amat bersyukur kpd-Nya atas segala nikmat2 yang dikurniakan keatas diri-ku yang kecil ni..

byk bende suke n duke tlah berlaku dlm idop-ku, setiap satu telah menguatkan diriku utk menghadapi mase depan yang pasti makin berliku..

so, azam diri baru kali ni.. menjadi insan yg suke tolong org selagi mampu dan stdy rajin2 utk membalas jase2 mereka yg byk mencurahkan bakti dlm idop-ku~~

amin~~ =)

p/s: xmau sedey2 dlm ati dh pasni!! setiap senyuman yg terukir mulai detik ini adalah real!! heheheee

Friday, March 18, 2011

hurmmmm...



ntah knape tetibe plak terpikir ape yg jadi lepas ni..

sem 4 ni dh nk abis.. pasni sem 5, pastu plak sem 6.. n then grad~~

seyes ak terdiam kejap.. sedey plak ak rase.. macam2 ak wat ngan kwn2 kosmate fizik~~ gelak same2, gurau same2, saling mem-bahan sesama sdiri.. hahahaaa... ak rase sgt2 rapat ngan diorg.. kalo xcukup geng, rase xcomplete ari tu..

ngan diorg gak la ak ley jd diri ak sdiri.. wat bnde yg ak suke tanpe segan silu... hahaa.. seyes susah nk carik member yg se-understanding cam diorg.. contooh!? byk!! ak ley mkn aiskerim~~ ley wat bergambar puas2~~ ley lepak2~~ ley mkn gule2~~ hahahaaaa...
seyes diorg la treasure ak paling bernilai~~!!

satu lagi yg ak prasan, bile ak ad prob, ad ramai yg akan dtg hulurkan pertolongan~~ seyes ak terharu kadang2.. tp cover2 la sikit hahaaa...

aishh,, nk nangis pon ad ni hahaa... lawak2~~ harap2 time grad nnt ak xnangis la..
tp, bile dipikirkan balik, cuti sem ni panjang kot!! seyes rindu giler la ak kt diorg nnt~~ hahahaaa...

lastly, kosmate2 fizik tahon 2 mmg terbaek!! SEYES AK AKAN MERINDUI MASE2 NGAN KORG!! especially.... heheheeee alahai~~ mabok~~!!! hahahaaa...







Thursday, March 10, 2011

come on bro!! be waras sikit~~

seyes ak skrg rase nk hantok2 kpale kt meja cam ak wat td time wat projek KB!!

ak xnk sume ni, but in the same time i felt like something pushing me to get it!!

it totally ripping me apart from the inside out~! macam ad 2 pihak dlm otak ak ni. satu ckp YES, satu lg ckp NO... GILE ak weyh!! nk roboh foundation ak!!


one thing for sure, i need to talk it out~~ i glad i have some good friends.. i know that they will help me, but..... arghhh~~~


really, one hell of dilemma it is~~ (Y~Y)

Wednesday, March 9, 2011

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI


PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

Sesungguhnya tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah.

Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina.

Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan.

Bukan kecil langkah wira bangsa
para pejuang kemerdekaan
bagi menegakkan kemuliaan
dan darjat bangsa
selangkah beerti mara
mengharung sejuta dugaan.

Biarkan bertatih
asalkan langkah itu yakin dan cermat
bagi memastikan negara
merdeka dan bangsa terpelihara
air mata sengsara
mengiringi setiap langkah bapa-bapa kita.

Tugas kita bukan kecil
kerana mengisi kemerdekaan
rupanya lebih sukar dari bermandi
keringat dan darah menuntutnya.

Lagi pula apalah ertinya kemerdekaan
kalau bangsaku asyik mengia dan menidakkan,
mengangguk dan membenarkan,
kerana sekalipun bangganya negara
kerana makmur dan mewahnya,
bangsaku masih melata
dan meminta-minta di negaranya sendiri.

Bukan kecil tugas kita
meneruskan perjuangan kemerdekaan kita
kerana rupanya selain memerdekakan,
mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara.

Bangsaku bukan kecil hati dan jiwanya
bukankah sejak zaman berzaman
mereka menjadi pelaut, pengembara
malah penakluk terkemuka?

Bukankah mereka sudah mengembangkan
sayap, menjadi pedagang dan peniaga
selain menjadi ulama dan ilmuan terbilang?

Bukankah bangsaku pernah mengharung
samudera menjajah dunia yang tak dikenal?

Bukankah mereka pernah menjadi
wira serantau yang tidak mengenal erti takut
dan kematian?

Di manakah silapnya hingga bangsaku
berasa begitu kecil dan rendah diri?

Apakah angkara penjajah?

Lalu bangsaku mulai melupakan kegemilangan
silam dan sejarah gemilang membina empayar…

Tugas kita belum selesai rupanya
bagi memartabat dan memuliakan bangsa
kerana hanya bangsa yang berjaya
akan sentiasa dihormati.

Rupanya masih jauh dan berliku jalan kita
bukan sekadar memerdeka dan mengisinya
tetapi mengangkat darjat dan kemuliaan
buat selama-lamanya.

Hari ini, jalan ini pasti semakin berliku
kerana masa depan belum tentu
menjanjikan syurga
bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa.

Perjuangan kita belum selesai
kerana hanya yang cekal dan tabah
dapat membina mercu tanda
bangsanya yang berjaya.


Dr. Mahathir Mohamad
Mei 1996

Tuesday, March 8, 2011

jahat!? ye saya mmg jahat!! hahahahaaa...


hahahaaaaa... bru tau ke yg saya ni jahat??
sory la xhabaq awal2 hahaa.. tp xjahat la plak kalo ak ckp2 awal2 yg ak ni jahat! hahaha..

mesti korg nyesal kan kawan ngan ak,, hahaha... sile la nyesal puas2!! hahaha...
ak la penjahat yang paling kejam!, paling selfish!, paling bongkak!, paling siot!, paling bengong! dan mcm2 lagi la~~!!

lega plak bila dh buang segale topeng2 baek ak ni.. bebas rasenya!! yahoooo~~!! hahahaa..
korg ingat senang ke nk pretending hari2! cube ko wat sehari tgk, hari2 tersenyih2 xkire la sedih ker, xkire marah, xkire tertekan, xkire mcm2 lagi la!!
lpas sudah korg pretend satu hari, cube ko ambek pengalaman tu pastu darabkan ngan 4 tahon! hahahahahahaaaa..... mau xtercabot bahu korg!! bahu ak dh lame tercabot dh... 2 kali repair dh ni!! HAHAHAHAAHAHAHAH!!!!

jadi, kalo ad yg sedih ke, sentap ke, hahaa.. nk kesah ape kan... aku ni jahat!! hahahaa.. org jahat mane kesiankan org laen!! hahaa..

p/s: kalo xnk sedih2, xnk tacin2 pasni kan... jumpe ak trus lari jauh2 la... saya akan wat idop anda sedih 3 purnama nnt hahahaaa... evil x??

(゚゚)v