Friday, August 31, 2012

Kuiper Belt: 20 tahun kemudian...

Kuiper belt ni masih kurang difahami oleh para ahli astronomi. Apa yang kita tahu, kuiper belt merupakan suatu kawasan yang berbentuk cakera dan terletak pada bahagian luar sistem solar iaitu selepas orbit Neptun. objek-objek yang terdapat di kawasan belt yang jgak dikenalai sebagai KBOs (kuiper belt objects) kebanyakkannya terdiri ketulan-ketulan ais kecil dan mempunyai orbit eliptik yang sangat tinggi.

Illustrasi Kuiper Belt

mungkin timbul persoalan, kenapa tajuk tertulis '20 tahun kemudian'?

haha,
sebenarnya 20 tahun itu merujuk kepada ulang tahun penemuan objek kuiper belt pertama pada tahun 1992. objek tersebut diberi nama sebagai 1992QB1.

jadi, apakah telah kita pelajari mengenai kuiper belt selama 20 tahun ini?

Monday, August 13, 2012

Perseid datang lagi

Gambar Perseid yang diambil pada 12 ogos di Las Vegas.
kredit imej:  Tyler Leavitt Via Space.com


Hari ni, 13 ogos, merupakan hari maksimum bagi hujan meteor Perseid. dan seperti tahun-tahun lepas, saya masih lagi gagal untuk tengok perseid dengan mata saya sendiri. harap-harap umur kita panjang lagi untuk 'memburu' perseid tahun depan =)

pernahkan kalian bertanya, apa perseid ni sebenarnya? macam mana perseid boleh selalu ada setiap tahun?