Wednesday, June 15, 2011

Kosmologi; takrifan

illustrasi kosmologi yunani


terdapat banyak takrifan mengenai kosmologi dimana setiap satu taktifan dikemukakan berdasarkan pemahaman, kepercayaan, dan kajian yang mendalam. Dalam Konsep Kosmologi oleh Aminuddin Ruskam Al-Dawamy, beberapa takrifan kosmologi telah dihuraikan secara ringkas. antaranya termasuklah:


1) kosmos merupakan alam semesta manakala kosmik merupakan apa yang berkaitan dengan alam semesta.
[kamus dewan (1993:656)]

2) kosmologi merupakan pengajian skala besar struktur dan evolusi alam semesta. kosmogoni pula merupakan kajian asal sistem kelangitan.
[Zakaria Awang Soh (1990:182)]

3) kosmologi adalah sains atau teori yang berkaitan dengan alam semesta yang mana ianya berhubung dengan undang-undang yang menguasai alam.
[Ramli Awang et al (1996:70)]

4) kosmologi dikatakan cabang sebagai cabang metafizik yang mana membincangkan idea berhubung alam dunia yang mencakupi fenomena ruang, masa dan angkasa.
[Martin Fhilas Gram]

5) kosmologi disebut sebagai segala yang ada dipermukaan bumi, langit, bintang-bintang dan juga tenaga yang ada serta lain-lain lagi.
[Altaf Gauhar (1983)]

6) kosmologi merupakan kajian yang berkaitan dengan api, air dan tanah manakala sains kosmologi pula berkaitan dengan wahyu. ia juga dikatakan berkait rapi dengan idea metafizik, agama dan falsafah yang berhubungkaitkan dengan fahaman agama monotistik yang mana semuanya dikuasai oleh satu kuasa yang wajid kewujudan.
[Sayyed Hossien Nasr]

berdasarkan takrifan-takrifan ni, boleh la dirumuskan bahawa kosmologi merupakan kajian mengenai struktur alam semesta berdasarkan undang-undang yang mengawal alam semesta serta berhubung kait dengan metafizik, agama dan falsafah.

secara amnya, kosmologi adalah ilmu yang memerihalkan alam semesta.

No comments:

Post a Comment