Thursday, February 17, 2011

hikayat panda 2

cereka ini hanya khayalan penulis semata-mata... =)
_____________________________________________________

pada suatu hari, lahir seekor panda yang sgt comey. bukan saje comey, die juge baik hati dan pandai mengambil hati penduduk2 belantara. disebabkan itulah, panda sgt popular.

sudah menjadi kebiasaan bagi panda itu untuk keluar bersiar-siar disekitar hutan belantara. panda sgt suke bersiar-siar kerana kadang-kadang ada penduduk2 belantara yang akan memberi kek dan ais krim kpd-nya kerana geram akan kecomelannya~~
sedang asyik menikmati udara segar, tetibe die terhidu bau aneh. toleh kanan, toleh kiri.. tak nampak ape2. panda mula berase seram.. kerana terlalu panik, die pon lari namun terjatuh kerana tersepak sesuatu. panda bgn dan tgk sebuah kotak yg pelik. dikotak tersebut ad gmbar 3 batang buluh. die ambek dan buke kotak tersebut. didalam kotak tersebut ada beberapa batang bende yg tak pernah dilihat panda. panda tgk dan mule berfikir..

sejam kemudian..

"ni pucuk rebung ni!! hahaa.. jom makan~~!", kate panda sambil terlompat-lompat kegembiraan. dgn pantas die ambek sebatang dan letak kat mulutnya.



tibe-tibe; "OOOOOOOOiiiii!!!! kamo wat ape tu panda!! kamoo isap rokok! jgn lari!!", jerit encik tenggiling sambil berguling2 kearah panda. panda terkejut lalu pengsan.

beberapa minit kemudian, panda mule sedar. skali lagi panda terkejut tp tak pengsan. panda skrg berada dlm mahkamah.
" kamoo didapati bersalah menghisap rokok! kamo dihukum ketok kepale 7 kali!", kate sang singa iaitu raja rimba.

panda sgt sedey. die berazam utk membalas dendam atas ape yg terjadi kpd-nya. kerana terlalu marah, panda telah mengamok dan berlari keluar dari mahkamah. die naek kuda peberetnya dn lari jauh ke dalam hutan...


didalam hutan itu, panda telah berlatih bersungguh-sungguh untuk membalas dendam terhadap tuan punya rokok. macam-macam yg dilakukannya. die berlari, berlatih menumbuk dan menyepak, patahkan dahan2, dan yg paling best...

... die belajar berdiri 2 kaki!! kagum x?? hahahaaa

sedang asyik berlatih ala-ala rambo, tetibe telinge-nye bergerak -tanda die terdengar sesuatu. die pon mencari sumber bunyi tu. akhirnya die berjaya. rupenya ad 2 org manusia yg sedang bercakap;
.....................................................................................
manusia A: pukol brape ko tebang balak2 tu? hari dh nk gelap ni.. ak fobia sikit ngan singa~~

manusia B: ala.. rlek bro, kite minum2 dlu la.. sambil2 isap rokok yg ak bru beli ni!!

manusia A: yeke, boleh tahan idea ko ni. jom la!

manusia B: eheh, mane rokok ak!??

manusia A: ler.. ilang plak!? kotak rokok ko cmne?? ak nk cari ni..

manusia B: kotak die ada gmbr buluh 3 batang..
.....................................................................................

panda terkejut mendengar kate2 manusia B! rupenyer rokok manusia B yg dijumpai panda! panda sgt marah lalu trus menerkam manusia B. namun, manusia B sempat mengelak lalu melarikan diri. panda tak putus asa dan terus mengejar manusia B. mereka berlari merentas belantara, sungai, jalan raya, dan akhirnya tibe di sebuah kota. manusia B yg masih buntu memikirkan knape die dikejar sedemikian rupe berhenti lalu bertanye kpd panda. namun, niat ikhlas manusia B tak kesampaian kerana panda terus menerkamnya tanpa belas kasihan..


tidak lame kemudian, panda pulang ke hutan belantara dan trus mengadap raja rimba. panda menceritakan kesemuanya kepada sang singa termasoklah niat manusia yg ingin menebang balak dihutan itu. sang singa dan seluruh penduduk belantara meminta maaf. sejak hari itu, panda digelar 'panda the awesome'.

sejurus selepas itu, panda pon melangkah ke tingkap lalu melihat langit senja. die pon berkate sambil mengigit buluh;

"kebenaran datang dalam pelbagai bentuk.. janganlah cepat melatah kerana hanya duka yang dtg megetok hati kalian..."


sejak itu juga, panda hanya menghisap buluh dan makan biskut panda~~~
_____________________________________________________

moral of the story:
- pastikan rokok anda tidak tercicir didalam hutan..



4 comments: