Monday, August 13, 2012

Perseid datang lagi

Gambar Perseid yang diambil pada 12 ogos di Las Vegas.
kredit imej:  Tyler Leavitt Via Space.com


Hari ni, 13 ogos, merupakan hari maksimum bagi hujan meteor Perseid. dan seperti tahun-tahun lepas, saya masih lagi gagal untuk tengok perseid dengan mata saya sendiri. harap-harap umur kita panjang lagi untuk 'memburu' perseid tahun depan =)

pernahkan kalian bertanya, apa perseid ni sebenarnya? macam mana perseid boleh selalu ada setiap tahun?



haha.. sebelum itu, minta maaf la blog lama tak update hehe.. sejak akhir-akhir ini agak sibuk dan.......MALAS!! hahaa... ni pun sebab boring kat ofis (opppss harap2 xde org kt ofis saya ni bace hehee)

okay! kembali ke pangkal jalan!!

apa itu perseid:
perseid ni merupakan nama panggilan atau timangan kepada satu fenomena hujan meteor yang berlaku setiap tahun pada bulan ogos (secara kasarnya la).

kalau ikutkan pengalaman saya, perseid ni selalu berlaku sekitar 11, 12, 13 hb ogos.. (birthday mmber haha.. seronok beliau! haha)

fenomena ini diberi nama perseid kerana hujan meteor kelihatan muncul atau keluar dari buruj Perseus! contoh lain: leonid - muncul dari buruj leo, orionid - muncul dari buruj orion.... (dah xingat dah yg lain haha malas nk search hehe)

bagaimana Perseid berlaku:
hujan meteor perseid terjadi pada Bumi yang beredar mengelilingi Matahari merentasi kawasan laluan orbit comet Swiff-Tuttle.

kalau senang faham, jom kita buat kronologi sikit! haha

bab 1: komet dan orbitnya...
komet Swiff-Tuttle mengorbit matahari dengan satu orbit mengambil masa selama 133 tahun bumi. Apabila komet ni lalu atas orbitnya, komet ni akan meninggalkan debu-debu dan batuan kecil disepanjang orbitnya.

bab 2: bumi pantas berlari...
sementara itu, bumi beredar mengelilingi matahari pada orbitnya seperti biasa.tiba-tiba pada satu masa, didapati orbit bumi telah merentasi laluan orbit komet swiff-tuttle yang penuh dengan debu-debu dan batuan kecil. sisa-sisa komet ni kemudiannya masuk ke atmosfera bumi dan terbakar. sisa-sisa komet yang terbakar di atmosfera bumi inilah yang kita lihat sebagai hujan meteor perseid!

setiap tahun, bumi akan merentasi kawasan sisa-sisa komet swiff-tuttle tersebut dan disebabkan inilah kita dapat lihat hujan meteor perseid setiap tahun =)

Imej time-lapse bagi hujan meteor perseid pada 10 ogos 2012.
kredit imej: NASA/MSFC via Space.com


p/s: maksimun bagi hujan meteor perseid berlaku pada 13 ogos, iaitu awal pagi td.. tapi bukannya perseid xde mlm ni,  cuma tak sebanyak macam pagi tadi (kalo nmpk la hehe).. jadi saudara-saudari masih boleh memburu perseid pada malam ni. selamat memburu ^_^

No comments:

Post a Comment