Friday, August 31, 2012

Kuiper Belt: 20 tahun kemudian...

Kuiper belt ni masih kurang difahami oleh para ahli astronomi. Apa yang kita tahu, kuiper belt merupakan suatu kawasan yang berbentuk cakera dan terletak pada bahagian luar sistem solar iaitu selepas orbit Neptun. objek-objek yang terdapat di kawasan belt yang jgak dikenalai sebagai KBOs (kuiper belt objects) kebanyakkannya terdiri ketulan-ketulan ais kecil dan mempunyai orbit eliptik yang sangat tinggi.

Illustrasi Kuiper Belt

mungkin timbul persoalan, kenapa tajuk tertulis '20 tahun kemudian'?

haha,
sebenarnya 20 tahun itu merujuk kepada ulang tahun penemuan objek kuiper belt pertama pada tahun 1992. objek tersebut diberi nama sebagai 1992QB1.

jadi, apakah telah kita pelajari mengenai kuiper belt selama 20 tahun ini?


menurut Allan Stern (org kuat New Horizon), banyak yang telah pelajari daripada kajian mengenai Kuiper belt tak kira lah secara langsung atau tidak. namun beliau merasakan kuiper belt telah senaraikan 3 benda penting yang telah mengubah fahaman kita semua mengenai sistem solar nih:


  • Kuiper belt telah menyedarkan astronomer bahawa sistem solar ini jauh lebih besar daripada apa yang dianggarkan dulu. 20 tahun dahulu, sebelum penemuan 1992QB1, astronomer menganggap bahawa sistem solar hanya stakat Neptun dan pluto sahaja.. 
  • kedudukan planet-planet dan objek-objek dalam sistem solar berubah dengan masa. hasil kajian mengenai KBOs telah membuktikan bahawa kebanyakkan KBOs termasuklah objek2 yang besar seperti Pluto berubah tempatnya. Astronomer percaya bahawa KBOs wujud pada kawasan yang lebih dekat dengan matahari (kawasan orbit planet-planet jovian). 
  • sistem solar termasuklah sistem solar kita sangat baik dan produktif dalam menghasilkan objek-objek kerdil seperti KBOs. menurut artikel Universe Today, jumlah planet kerdil yang dah jumpa sudah le bih jumlah planet terestrial + planet jovian. astronomer turut menganggar bahawa mungkin planet kerdil ini sekitar 10000 buah! sapa tau kan~~ hahaa
1992QB1 (dalam bulatan)

jadi suka untuk saya simpulkan disini, dalam dunia astronomi, benda kecil sekali mampu memberi kesan kepada sesuatu sistem itu. kalo benda besar jangan cakap la kan.. haha.. 

p/s: sebenar tak modal n motif pon cakap pasal kuiper belt nih, saja nk update blog, jadi cakap la pasal kuiper belt hahaha.. jadi kalo ad persoalan boleh tanya di sini atau di Fb. InsyaAllah saya tolong. =)



rujukan:
New Horizons: The PI's Perspective; Stern A.
Universe Today: What Has The Kuiper Belt Taught Us About The Solar System?; Mayor J. 

No comments:

Post a Comment