Thursday, January 26, 2012

kuda laut? hurmmm... ^_^

haha.. ni saje2 nk update blog.. ilangkan ngantok wat kije haha..

sepanjang trening pusat nih, (cm dh trun lame je ayat haha) selalu terdengar mmber2 duk gaduh pasal binatang2 laut.. cth:

  • "ko ni lambat cm kuda laut la~~"
  • "cube wat bunyi kuda laut sikit~~"
  • etc~~ haha

mule2 plek jgak dgr.. cm, ape mende la korg nih?? hahaa.. tp dh lame2 duk dgr.. lawak plak rasenyer.. haha... tp xgelak pon.. senyum sorg jer.. sbb penat sgt nk tergelak besor haha...
(stamina low lg nih! hahaa sory coach abg man! i will do better later on hahaaa)

jd.. timbul persoalan cmne la rupe fizikal 'kuda laut' yg makin popular nih?? mgkn ini jawapannye~~ :-


terjumpe gmbr mase ber-9gag-ing haha..


haha... saya tujukan update kali khas buat sahabat2 seperjuangan saya! semoga teams UKM akan dpt merampas balik piala taming sari tu~~ haha..

GO UKM!

Tuesday, January 24, 2012

TAMING SARI 4



hehe... dh lama xupdate.. haha.. bukan malas, tp terlalu malas! hahaa...

xpe la... kite bukak season 3... hahaa.. (dh 3 kali sebenarnye berlaku kemalasan update blog haha..)

so, kali nk promote satu kejohanan silat.. yakni:

Festival & Kejohanan Pencak Silat Terbuka IPT danJemputan Antarabangsa Taming Sari IV

akan berlangsung di UKM pd 30hb januari hgga 5hb februari 2012.. jadi kepada sume yang ad kelapangan boleh datang ke sana. bukan saja acara pertandingan silat, malah ad juga pameran2 senjata alam melayu lame..

jom la same kite memeriahkan dan menyokong acara ini.. =)

Monday, August 8, 2011

adakah kita perintis tamadun luar angkasa?


tamadun luar angkasa.. menarik kan??

sape sini pernah ygk crite GUNDAM? hohoo latar masyarat die utk kebanyakkan siri2 gundam lebih cenderung kepada masyarat di bumi dan masyarakat yg tinggal di angkasa lepas.

saya selalu fikir bile manusia akan mula tinggal kt luar sane..
10 tahun lagi? 50 tahun lagi? 100 tahun lagi?? atau mungkin juga kita mmg tidak akan mampu.. sedih bukan. tapi dengan penemuan2 pada masa sekarang saya mula berasa yakin kembali.

saintis telah menemui graphene, yang merupakan gabungan atom2 karbon senipis satu atom saje! walaubagaimanapun, ianya dikatekan 200 kali lebih kuat daripada keluli.

ini la grahpene. hamparan atom2 karbon setebal 1 atom saje..


jadi, ape faedahnya??

hahaa... menurut Dr. Michio Kaku, dia berpendapat bahawa kita boleh ke angkasa lepas menggunakan atlernatif lain selain roket. salah satu alternatif tersebut adalah "space elevator".

idea gile tu.. nk wat lif g angkasa lepas.. haha.. dulu idea dianggap mustahil dan mungkin masih dianggap mustahil bagi mereka yang tak tahu..

dgn menggunakan graphene, saintis mampu utk membina tali kabel yang disambungkan dari bumi ke ISS. jika ini boleh dilakukan, masalah utama ekplorasi angkasa lepas dapat diselesaikan, iaitu kos yang terlampau tinggi. (minyak la bro~~ nk lawan graviti bukan senang beb~~ )

ilustrasi space elevator..


selain itu, BOEING (syarikat wat kapal terbang) sudah mula membuat kapal angkasa komersial.. skrg masih prototype lagi.. well dh okay la tu..

ini sume seakan-akan puzzle. puzzle 1: graphene, puzzle 2: space elevator, puzzle 3: kapal angkasa..
jika dipadankan kesemuanya, mungkin era tamadun luar angkasa bakal bermula.

pandangan saya:

1)penemuan graphene memungkinkan pembinaan space elevator.

2)pembinaan lif ni mungkin akan membesarkan ISS dan mungkin juga menambahkan lagi stesen angkasa lepas.

3)upgrade ISS jd kilang angkasa lepas pertama. wat kapal amgkasa. pada masa itu, mungkin enjin tujahan ion/plasma sudah matang atau sesuatu lebih baek berjaya dicipta (enjin antimatter ker huhuu)

4)kita mula menjelajahi ruang angkasa lepas..

Wednesday, July 13, 2011

bagaimana astronomer tahu ape yg mereka tau... bah.3

kesan doppler..

kali ni kite akan tgk satu lagi cara yg digunakan oleh astronomer, iaitu Doppler effect.

DOPPLER EFFECT:

doppler effect ni sebenarnya merupakan kesinambungan bagi spectroscopy. sama macam spectroscopy, doppler effect juga merupakan method utk mengkaji spektrum cahaya utk mendapatkan maklumat. walaubagaimanapun, caranya berbeza la..

sebelum pergi lebih jauh, ape doppler effect ni??

rase-rasenya la anda sume dh tau kan doppler effect tu ape kan.. kalo xpasti dh blajar ke x, saya pasti anda sume pernah n selalu mengalami kesan doppler ni!!

doppler effect merupakan kesan perambatan gelombang yg disebabkan oleh pergerakkan gelombang tu sendiri. andaikan gelombang bergerak dari point A ke point B. gelombang dihadapan (gelombang2 yg menghadap point B) akan termantap manakala gelombang dibelakang pula (gelombang yg menghadap point A) akan merengang.

contoh mudah: siren polis. andaikan anda duduk diam2 kt tepi jln, tibe2 anda dgr bunyi siren polis dr jauh. siren tu dari jauh kedengaran sgt perlahan (pitch rendah la senang hahaa). pastu lama-kelamaan bunyi siren mula makin tinggi dan apabila kereta polis lalu depan anda, bunyinya sgt2 kuat. tapi bile kereta polis mula pergi dan menjauhi anda, bunyi siren mula menjadi perlahan kembali..


gambar diatas merupakan illustrasi yg paling jelas dan senang nk paham,.. tq mr.google~~


ni kerana pergerakan kehadapan kereta polis telah memantapkan gelombang bunyi siren dan ni menyebabkan bunyi siren menjadi kuat. hal yg sebaliknya berlaku pada bahagian belakang kereta polis. gelombang bunyi merengang dan bunyi menjadi rendah

berbalik ke pangkal jalan...
doppler effect digunakan oleh astronomer utk mengetahui arah pergerakan objek diangkasa lepas.

dengan melihat spektrum cahaya dari sesuatu objek, astronomer dpt menentukan arah pergerakan sesuatu objek.

bagaimana??

hahaa.. sama je macam contoh siren polis td. bile spektrum cahaya didapati cenderung ke arah warna kemerahan, sesuatu objek tu dikatakan bergerak menjauhi kite. akan tetapi, jike spektrum cahaya didapati cenderung ke arah kebiruan, objek tu dikatakan bergerak mendekati/kearah kite.


kesan doppler ke atas spektrum..



kenape kemerahan menjauhi, kebiruan mendekati?

dlm spekturm warna, merah merupakan cahaya yg mempunyai panjang gelombang yg paling panjang manakala biru mempunyai panjang gelombang yg paling pendek. dengan kata lain, warna kemerahan menunjukkan gelombang yg merenggang dan warna kebiruan menunjukkan keadaan gelombang yg mantap.

gelombang merenggang -> gelombang makin panjang -> makin kemerahan
gelombang memantap -> gelombang makin pendek -> makin kebiruan

tu la caranya lebih kurang~~ hahahaa...

klik disini utk bermaen ngan doppler effect~

Monday, July 11, 2011

lagi pasal spectroscopy...

sbenarnye.. episode spectroscopy ni x habis lagi, saje xnk ckp time posting yg lepas. bukan ape, kalo pjg sgt boring plak kan nk bace sume~~ hahahhaaa...
(belajar dr pengalaman pribadi =P )~~~

okay la, ape lg pasal spectroscopy~~~

kite dh tau yg spectroscopy merupakan teknik mendapatkan maklumat mengenai sesuatu jasab di angkasa lepas dengan menganalisis spektrum cahaya jasab tersebut.

ape yg blom diceritakan adalah mengenai jenis2 spektrum.

berikut merupakan jenis2 spektrum cahaya:
- absorption spectrum
- emission spectrum
- continuous spectrum

ape beza antara ketiga-tiga spektrum ni??

tgk bwh ni... senang nk nmpk perbezaannya~~


contoh spektrum2 cahaya




dgn kate laen, spektrum penuh atau continuous spektrum akan bertukar kpd absorption spectrum dan emission spectrum jika ia melalui medium yg berlainan suhu.

kenape plak jd cmtu??

hahaa.. sebabnya xsusah pon nk paham..
cube ingat balik.. bile sesuatu objek tu sejuk, ia akan meyerap haba utk jd panas dan objek panas akan bebaskan haba utk jd sejuk.
jd rasenye boleh jgak nk apply-kn utk kes ni kan3~~ hahaaa..

dlm kes ni pon lebih kurg jer.. cahaya ad haba. bile die melalui medium sejuk, medium tu akan serap haba dari cahaya tp bukan sume, ni kerana medium atau dlm kes ni gas hanya boleh serap cahaya yg ad pnjg gelombang tertentu jer dan memantulkan cahaya yg lain. jd, sbb tu la spektrum jenis absorption ad garis2 gelap -sbb kene serap~~

dlm kes yg satu lg, iaitu emission spectrum..
emission bermaksud pancaran(lbey kurang la kot). utk memancarkan cahaya, sesuatu objek mestilah bersuhu tggi. sbb ape?? sbb objek panas akan emit light~~ cth besi. kalo kite panaskan besi, besi tu lama kelamaan akan bercahaya n then cair~~
berbalik kpd kes kite! kalo tgk gmbr kedua diatas tu, gas panas memancarkan cahaya, tp bukan sume spektrum. same macam medium sejuk, medium yg panas hanya boleh memancarkan cahaya pd pnjg gelombang tertentu jer.. kalo time die sejuk die serap cahaya yg pjg gelombang-nya 1 mm (cth je ni~~ ), time panas plak die hanye boleh pancarkan cahaya pd pnjg gelombang yg same jugak~~

spektrum yg diserap/dipancar setiap atom bolehla dikatakan macam i/c diorg hahahaa...

p/s: mgkn ad kekeliruan antara post kali ni dgn yg lepas~~ jike ad yg keliru, harap maaf~~ kesilapan penyampaian.. cube utk mendalami kembali utk penyampaian yg lebih baik.. =)