Wednesday, July 13, 2011

bagaimana astronomer tahu ape yg mereka tau... bah.3

kesan doppler..

kali ni kite akan tgk satu lagi cara yg digunakan oleh astronomer, iaitu Doppler effect.

DOPPLER EFFECT:

doppler effect ni sebenarnya merupakan kesinambungan bagi spectroscopy. sama macam spectroscopy, doppler effect juga merupakan method utk mengkaji spektrum cahaya utk mendapatkan maklumat. walaubagaimanapun, caranya berbeza la..

sebelum pergi lebih jauh, ape doppler effect ni??

rase-rasenya la anda sume dh tau kan doppler effect tu ape kan.. kalo xpasti dh blajar ke x, saya pasti anda sume pernah n selalu mengalami kesan doppler ni!!

doppler effect merupakan kesan perambatan gelombang yg disebabkan oleh pergerakkan gelombang tu sendiri. andaikan gelombang bergerak dari point A ke point B. gelombang dihadapan (gelombang2 yg menghadap point B) akan termantap manakala gelombang dibelakang pula (gelombang yg menghadap point A) akan merengang.

contoh mudah: siren polis. andaikan anda duduk diam2 kt tepi jln, tibe2 anda dgr bunyi siren polis dr jauh. siren tu dari jauh kedengaran sgt perlahan (pitch rendah la senang hahaa). pastu lama-kelamaan bunyi siren mula makin tinggi dan apabila kereta polis lalu depan anda, bunyinya sgt2 kuat. tapi bile kereta polis mula pergi dan menjauhi anda, bunyi siren mula menjadi perlahan kembali..


gambar diatas merupakan illustrasi yg paling jelas dan senang nk paham,.. tq mr.google~~


ni kerana pergerakan kehadapan kereta polis telah memantapkan gelombang bunyi siren dan ni menyebabkan bunyi siren menjadi kuat. hal yg sebaliknya berlaku pada bahagian belakang kereta polis. gelombang bunyi merengang dan bunyi menjadi rendah

berbalik ke pangkal jalan...
doppler effect digunakan oleh astronomer utk mengetahui arah pergerakan objek diangkasa lepas.

dengan melihat spektrum cahaya dari sesuatu objek, astronomer dpt menentukan arah pergerakan sesuatu objek.

bagaimana??

hahaa.. sama je macam contoh siren polis td. bile spektrum cahaya didapati cenderung ke arah warna kemerahan, sesuatu objek tu dikatakan bergerak menjauhi kite. akan tetapi, jike spektrum cahaya didapati cenderung ke arah kebiruan, objek tu dikatakan bergerak mendekati/kearah kite.


kesan doppler ke atas spektrum..



kenape kemerahan menjauhi, kebiruan mendekati?

dlm spekturm warna, merah merupakan cahaya yg mempunyai panjang gelombang yg paling panjang manakala biru mempunyai panjang gelombang yg paling pendek. dengan kata lain, warna kemerahan menunjukkan gelombang yg merenggang dan warna kebiruan menunjukkan keadaan gelombang yg mantap.

gelombang merenggang -> gelombang makin panjang -> makin kemerahan
gelombang memantap -> gelombang makin pendek -> makin kebiruan

tu la caranya lebih kurang~~ hahahaa...

klik disini utk bermaen ngan doppler effect~

Monday, July 11, 2011

lagi pasal spectroscopy...

sbenarnye.. episode spectroscopy ni x habis lagi, saje xnk ckp time posting yg lepas. bukan ape, kalo pjg sgt boring plak kan nk bace sume~~ hahahhaaa...
(belajar dr pengalaman pribadi =P )~~~

okay la, ape lg pasal spectroscopy~~~

kite dh tau yg spectroscopy merupakan teknik mendapatkan maklumat mengenai sesuatu jasab di angkasa lepas dengan menganalisis spektrum cahaya jasab tersebut.

ape yg blom diceritakan adalah mengenai jenis2 spektrum.

berikut merupakan jenis2 spektrum cahaya:
- absorption spectrum
- emission spectrum
- continuous spectrum

ape beza antara ketiga-tiga spektrum ni??

tgk bwh ni... senang nk nmpk perbezaannya~~


contoh spektrum2 cahaya




dgn kate laen, spektrum penuh atau continuous spektrum akan bertukar kpd absorption spectrum dan emission spectrum jika ia melalui medium yg berlainan suhu.

kenape plak jd cmtu??

hahaa.. sebabnya xsusah pon nk paham..
cube ingat balik.. bile sesuatu objek tu sejuk, ia akan meyerap haba utk jd panas dan objek panas akan bebaskan haba utk jd sejuk.
jd rasenye boleh jgak nk apply-kn utk kes ni kan3~~ hahaaa..

dlm kes ni pon lebih kurg jer.. cahaya ad haba. bile die melalui medium sejuk, medium tu akan serap haba dari cahaya tp bukan sume, ni kerana medium atau dlm kes ni gas hanya boleh serap cahaya yg ad pnjg gelombang tertentu jer dan memantulkan cahaya yg lain. jd, sbb tu la spektrum jenis absorption ad garis2 gelap -sbb kene serap~~

dlm kes yg satu lg, iaitu emission spectrum..
emission bermaksud pancaran(lbey kurang la kot). utk memancarkan cahaya, sesuatu objek mestilah bersuhu tggi. sbb ape?? sbb objek panas akan emit light~~ cth besi. kalo kite panaskan besi, besi tu lama kelamaan akan bercahaya n then cair~~
berbalik kpd kes kite! kalo tgk gmbr kedua diatas tu, gas panas memancarkan cahaya, tp bukan sume spektrum. same macam medium sejuk, medium yg panas hanya boleh memancarkan cahaya pd pnjg gelombang tertentu jer.. kalo time die sejuk die serap cahaya yg pjg gelombang-nya 1 mm (cth je ni~~ ), time panas plak die hanye boleh pancarkan cahaya pd pnjg gelombang yg same jugak~~

spektrum yg diserap/dipancar setiap atom bolehla dikatakan macam i/c diorg hahahaa...

p/s: mgkn ad kekeliruan antara post kali ni dgn yg lepas~~ jike ad yg keliru, harap maaf~~ kesilapan penyampaian.. cube utk mendalami kembali utk penyampaian yg lebih baik.. =)

Saturday, July 9, 2011

bagaimana astronomer tahu ape yg mereka tahu... bah.2


cth spectroscopy.. absorption lines tu la garisan pemisah gelap.


halo everybody~~~

posting lepas kite dh tgk photometry-teknik asas yg diguna pakai oleh ahli2 astronomi.

kali ni plak kite ak tgk satu lg teknik yg digunakan astronomer iaitu spectroscopy.

SPECTROSCOPY.

spectroscopy merupakan teknik yg lebih "canggih" berbanding photometry.
teknik ni menggunakan spektrum cahaya untuk mendapatkan maklumat2.

bagaimana spectroscopy ni digunakan??

hahaa.. xla complicated sgt pon~~
ape yg diperlukan hanyalah cahaya dari objek yg ingin dikaji. objek tu boleh jadi planet, bintang, nebula dan lain2.

cahaya tu kemudiannya diarahkan agar ia melalui celah2 yg sempit. cahaya yg melalui celah2 sempit tu akan berubah menjadi spektrum cahaya.
daripada spektrum2 ni la astronomer2 mendapat maklumat2.

macam mane??

begini.. spektrum2 yg terhasil melalui cara ni xakan sempurna. spektrum tersebut akan ad satu atau lebih garis pemisah yg gelap.

ianya berpunca drpd atom2.
lebih senang jike kite ambil satu contoh... let say zuhal~~

zuhal memantulkan cahaya matahari ke bumi. sbb tulah kite boleh nmpk zuhal. namun sebelum cahaya matahari dipantulkan, atom2 di planet zuhal telah menyerap cahaya yg mempunyai panjang gelombang tertentu (bukan semua cahaya). oleh sbb inilah spektrum cahaya yg kite terima mempunyai garisan pemisah gelap! ianya telah diserap~~

tu kalo objek yg memantulkan cahaya, kalo objek yg hasilkan cahaya mcm bintang cmne plak??

hahaa... lebih kurang jer. cahaya yg dihasilkan juga akan diserap mengikut panjang gelombang tertentu oleh atom2 yg terdapat dibintang tu (hidrogen n helium sbagai cth) sebelum cahaya tersebar keluar meninggalkan bintang tersebut.

jadi, selepas mendapat spektrum tu, astronomer akan menbandingkannya dgn rekod spektrum atom2 utk mendapat gambaran komposisi atom2 yg terdapat di objek yg ingin dikaji, tak kiralah objek tu planet, bintang dan lain2 lg.

selain komposisi atom (kimia), spectroscopy juga menolong ahli2 astronomi mengetahui megenai:
-suhu objek
-ketumpatan objek

Wednesday, July 6, 2011

bagaimana astronomer tahu ape yg mereka tahu..

pernahkah anda terpikir macam mane astronomer tau bende2 macam berapa jauh bintang ngan kite? berapa berat n besarkah sesuatu bintang tu?

jadi pada hari ni, jom kite menyelami (wah gile ayat!! haha) bagaimana astronomer tau ape yg mereka tau. pada kali ini, saya ingin menyentuh mengenai method yg saya kire basic dlm astronomi, iaitu"Photometry".

Photometry:

contoh photometry (klik pics utk tgk animasi)

maksud photometry ni 'ukur cahaya'. method ni adalah method yg basic dlm astronomy. photometry adalah pengukuran tahap perubahan cahaya sesuatu objek terhadap masa. dengan kate lain, ahli2 astronomi cube melihat perubahan sinaran cahaya sesuatu bintang sama ada bintang itu menjadi malap atau terang pada sesuatu masa.

ape yg ahli2 astronomi dpt drpd photometry:
-kepantasan bintang itu berputar diatas paksinya
-mengesan exoplanet yg mengelilingi bintang tu
-brape lame mase orbit exoplanet kt bintang tu
-rupa bentuk objek (jika dilakukan keatas objek laen seperti asteroids)
-samada bintang tu solo atau binary.


photometry dpt mengesan exoplanet yg mengelilingi bintang lain dengan cara mengukur kadar perubahan kecerahan cahaya. jike didapati bintang menjadi malap pada sesuatu mase, ini bermaksud sesuatu objek (planet) telah melintasi ruang diantara kite dan bintang. cahaya bintang kembali terang bile objek tu telah melintasi sepenuhnya.ini kerana objek yg melintasi td telah menyekat sejumlah cahaya dan menyebabkan cahaya menjadi malap.

namun, malap atau terang sesuatu bintang juga boleh disebabkan oleh jumlah tompok2 gelap dipermukaan bintang. selain itu, kesan drpd binary star yg saling beredar dlm orbit yg saling kejar-mengejar antara satu same lain turut mengakibatkan perubahan malap terang bintang.
jadi bagaimana nk tau yg mane yg mengakibatkan perubahan cahaya bintang pada sesuatu masa?

hahahaa.. pening gak tu kan~~ hahaa
mengikut buku "the expanding universe" drpd Mark A. Garlick, kini terdapat cara yang boleh mengesan perubahan photometric yg kecil yg mane ianya dapat menentukan kehadiran planet, tompok gelap dan binary star.

Friday, July 1, 2011

penguin tengok gerhana matahari =)

1 julai 2011, penguin2 di persisir antartika meraikan gerhana matahari pada ari ni. hahahaaa...

walaubagaimanapun, gerhana matahari ni bukan lah gerhana matahari penuh tapi hanyalah sikit jer.. org putih panggil partial solar eclipse. maafkanlah kekurangan dr pihak saya.. tak pasti nk letak perkataan ape utk partial. tp ape yg pasti, hanye sebahagian drpd matahari saje yg mengalami gerhana.

xjumpe lg gmbr2 gerhana 1 julai.. namun kite masih boley melihat bagaimana ianya terjadi melalui software ala2 planetarium sy paling byk berjasa kpd diriku hahaa... stellarium~~

lokasi :persisir antartika..
scene 1:


scene 2:


scene 3:


scene 4:


scene 5:

letusan cahaya misteri di ruang angkasa Hawaii

letusan cahaya yang dirakam teleskop kt Mauna Kea, Hawaii


pd 22 jun yg lepas, mauna kea observatories telah merakam satu fenomena aneh di ruang angkasa hawaii.

fenomena tu merupakan letusan cahaya yang tak diketahui puncanya. ia merambat secare membulat ke hampir seluruh ruang angkasa dan hilang. amat aneh n menarik in the same time!! boleh tgk video ni~~



banyak andaian yang telah dikemukakan oleh astronomi2 tak kire amatur mahupun pro.. ad yg kate ianya berpunca drpd solar events, meteor dan ad juga yang berpendapat itu sume berpunca drpd ilusi kamera lebey kurg cmtu la.. yg lawaknye ad jugak yg kate punca daripada UFOs... (xhabis2~~ hadoiii)

namun, ad satu andaian yg nmpk logik dan kene ngan mase dan keadaan..
seorg ahli forum di forum perbincangan astronomi kt Starship Asterisk, kalo tak silap name samaran die calvin737, mengatakan bhawa ini sume mgkn disebabkan oleh pelancaran unarmed test Minuteman III missile kt Pengkalan Tentera Udara Vandenburg di California beberape minit sebelum letusan cahaya tu dikesan. menurutnye lagi. letusan tu mgkn terjadi akibat fasa2 letusan missile tu.

menurut Phil Plait yg menulis kt blog Bad Astronomy, pd fasa ketiga missile tu, port2 yg berada dalam enjin fasa tersebut akan meletup yg bertujuan untuk memperlahankan missile tu. ketika port2 tu meletup, fuels missile tu tersembur keluar akibat tekanan. minyak yg tersembur spherically tu akhirnye meledak dan membentuk letusan cahaya seperti mane yg dapat dilihat dlm video tu.

ape2 pon, xkire la sape yg bertanggungjawab atas fenomena aneh ni. ape yg pasti, letusan tu sgt2 menarik n best lah!!! hahaa...

p/s: ape2 folow-up dr kes ni akan di-post-kan disini~~